MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI BIL.2-2021
13 Julai 2021 (bersamaan 3 Zulhijjah 1442H) - Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu Bil. 2 Tahun 2021 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu telah diadakan secara atas talian menerusi persidangan video dan telah disertai oleh kesemua ahli Jawatankuasa serta ketua-ketua jabatan teknikal yang berkaitan. Sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan untuk mendapat persetujuan serta dua (2) kertas kerja pemakluman.