Menu

Pengenalan

Rancangan Struktur Negeri (RSN) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk:

  • Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
  • Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
  • Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan  ekonomi;    
  • Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
  • Memudahkan pembangunan secara mampan


RS juga hendaklah mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan.

Fungsi Rancangan Struktur Negeri:

  • Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN);
  • Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT);
  • Menentukan gunatanah utama negeri; dan
  • Menentukan projek utama negeri.

 

* Laporan keseluruhan boleh didapati di JPBD Negeri Terengganu

 

 Ringkasan Eksekutif DRSNT 2050.pdf

Jaringan PLANMalaysia ● PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor 
Pautan Agensi    MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam