Menu

TUGAS-TUGAS BAHAGIAN PROJEK KHAS

Bidang Tugas Utama

   1. Menyelaras penyediaan rancangan pembangunan berikut :-

  •   Rancangan Tempatan Daerah
  •   Rancangan Kawasan Khas
  •   Rancangan Pembangunan Desa

   2. Menyedia perkhidmatan projek khas :-

  •   Pelan konsep pembangunan
  •   Pelan susun atur pembangunan

   3. Memproses permohonan :-

  •   Permohonan Khidmat Nasihat Projek Penswastaan dan projek Kerajaan
  •   Permohonan Semakan Environmental impact Assessment (EIA)

Bidang Tugas Bahagian Projek Khas

  1. Menyediakan perkhidmatan projek khas yang melibatkan kerja-kerja penyediaan pelan konsep atau pelan susunatur bagi kawasan perumahan, perkedaian atau perniagaan, industri, pertanian, institusi dan kemudahan masyarakat, pelancongan dan petempatan semula yang meliputi :-
  •   Penyediaan kerja-kerja awalan termasuk pelan asas dan mengenalpasti tapak.
  •   Kerja-kerja penyiasatan tapak dan pengumpulan maklumat berkaitan.
  •   Penyediaan draf pelan konsep atau pelan susunatur serta memastikan penyediaannya adalah mengikut piawaian dan garispanduan berkaitan serta           dasar-dasar semasa kerajaan yang berkaitan.
  •   Penyediaan akhir pelan konsep atau pelan susunatur.
  •   Kerja-kerja berkaitan penyediaan dan penerimaan pelan konsep atau pelan susunatur dengan pelanggan termasuk mengemukakan kepada            jawatankuasa berkaitan.

2. Memproses Permohonan Khidmat Nasihat Projek Penswastaan dan projek Kerajaan serta Permohonan Semakan Environmental impact Assessment (EIA).

3. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bandar atau jawatankuasa berkaitan yang ditubuhkan berkaitan dengan penyediaan rancangan pembangunan dan projek khas atau kajian perancangan bandar dan desa di peringkat negeri.

4. Menjalankan kerja-kerja lain berkaitan projek khas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Jaringan PLANMalaysia ● PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor 
Pautan Agensi    MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam