Menu

Objektif Bahagian Kawalan Perancangan

  •  Merancang serta menyelaras aktiviti pembangunan di peringkat negeri, pihakberkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dari segi pembangunan dan pemajuan semua tanah dalam negeri.
  •  Memastikan perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan bagi seluruh Negeri Terengganu adalah teratur, terkawal dan harmoni bagi mewujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti dan mampan selaras dengan keperluan Akta 172.
  •  Semua perkhidmatan yang berkaitan dengan aktiviti memproses permohonan perancangan akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh masa berikut sebagaimana yang tertera di dalam Piagam Pelanggan Jabatan.
  •  Piagam Pelanggan Jabatan :
  1.         Memberi ulasan perancangan bagi permohonan tukar syarat, perancangan tapak, permohonan tanah dan mendiri bangunan diberi dalam tempoh 14 hari.
  2.         Memastikan ulasan perancangan bagi permohonan memecah bahagi tanah diberi dalam tempoh 24 hari.
  3.         Masa menunggu untuk mendapat khidmat nasihat perancangan di kaunter dalam tempoh 5 minit.
  4.         Maklumat perancangan yang tidak terperingkat akan diperolehi dalam tempoh 5 hari.
  5.         Memastikan tunggakan ulasan perancangan tidak melebihi 4% daripada keseluruhan permohonan.
Jaringan PLANMalaysia ● PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor 
Pautan Agensi    MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam