Menu

PENGENALAN DAN FUNGSI

Pengenalan
Lembaga Rayuan Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah Seksyen 36 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). Kini ia mempunyai lima (5) orang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan seorang Pengerusi yang mana perlantikannya telah dipersetujui oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Fungsi
Lembaga Rayuan ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam yang terkilan atau tidak berpuas hati di atas keputusan Permohonan Kebenaran Merancang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ia juga akan menimbang kes-kes tersebut dan akan membuat keputusan dengan adil berdasar perbicaraan.

Bidang Kuasa Lembaga Rayuan
Lembaga Rayuan akan menimbangkan kes-kes sebagaimana yang dinyatakan dibawah Akta 172 iaitu di bawah Seksyen 23, 25 (9), 30 (7) dan Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan 1995)

Akta A933 iaitu Seksyen 35 dan 36
Perkara Yang Boleh Dirayu

Seksyen 23 (1)(a)
Terkilan terhadap keputusan Majlis samada permohonan ditolak atau merayu terhadap syarat-syarat yang dikenakan.

Seksyen 25 (9)
Terkilan terhadap pembayaran balik/pampasan yang ditawarkan (oleh Majlis) hasil daripada penarikan balik kebenaran merancang atau pengubahsuaian kebenaran merancang.

Seksyen (30) (2)
Terkilan dengan notis permintaan oleh Majlis untuk:
- Diberhentikan penggunaan
- Mengenakan syarat-syarat bagi penggunaan tanah
- Meminta langkah-langkah terentu diambil

Seksyen 30 (7)
Terkilan dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh pihak majlis

Seksyen 36, 35b, 35, 35d Perintah Pemelihara Pokok Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan 1995) Akta A933.

   

 

 #Klik pada imej untuk pembesaran

Jaringan PLANMalaysia ● PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor 
Pautan Agensi    MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam