Menu

SEJARAH PENUBUHAN / SEPINTAS LALU

Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu bermula sejak tahun 1963 apabila Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri Kelantan / Terengganu diwujudkan dan berpejabat di Kota Bharu, Kelantan. Ketika itu Jabatan ini mempunyai kakitangan seramai enam (6) orang yang diketuai oleh Encik Ishak bin Ariffin.

Pelan pertama yang disediakan oleh jabatan ialah pelan No. Tr-1d Proposed Layout For The Reclaimed Of Benteng Kuala Terengganu

Pada bulan Ogos 1969, Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri Terenggganu telah ditubuhkan dengan rasminya untuk mengambil alih tugas-tugas perancangan bagi negeri ini dan ditempatkan di tingkat 2, Bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu. Encik Soo Kim Choon telah dilantik sebagai Pegawai Perancang Negeri yang pertama dengan dibantu oleh dua (2) orang Pembantu Teknik, dua (2) orang Juruteknik, dua (2) orang Pelukis Pelan, dua (2) orang kerani dan seorang Pelayan Pejabat.

Di antara pelan terawal yang disediakan ialah pelan No. T2/187-Penempatan Rumah Atas Air di Pulau Redang.

Pada 16 Februari 1975, Encik Ng Bock Thye telah dilantik sebagai pengarah yang kedua dan pada 16 Mei 1977, Tuan Haji Zainal bin Ayob telah dilantik sebagai pengarah ketiga.

Pada bulan Mac 1978, jabatan ini berpindah ke tingkat 7, Wisma Negeri di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu. Bilangan kakitangan Jabatan ketika itu telah meningkat kepada lima belas (15) orang.

Pada tahun 1981, jabatan ini telah ditukar nama kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu dengan Encik Othman bin Awang Nong dilantik sebagai pengarah keempat.

Pada bulan Jun 1986, jabatan ini diarah berpindah ke pejabat baru tingkat 4, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu dan Tuan Haji Hassan Basery bin Hamzah sebagai pengarah yang kelima. Setelah berkhidmat hampir 10 tahun berkhidmat, pada tahun 1994 beliau telah digantikan oleh Tuan Haji Md. Isa bin Jaafar sebagai pengarah ke enam sehingga April 1996.

Selepas itu, diganti oleh Encik Kamaruldin bin Shamsuddin sebagai pengarah ketujuh dan pada tahun 1997, YBhg Dato Mohd Fadzil bin Mohd Khir telah dilantik sebagai pengarah negeri kelapan sehingga tahun 2002. Bagi tempoh tahun 2002 hingga 2004, pengarah negeri telah dipangku oleh Puan Hajjah Rohaya binti Abd Kadir (Penolong Pengarah 1).

Mulai 1 Disember 2004, Jabatan ini sekali lagi berpindah ke Wisma Negeri, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu bersama-sama jabatan teknikal yang lain. Seterusnya Puan Hajjah Khatijah binti A.O Mohd Shafie telah dilantik sebagai pengarah negeri kesembilan bagi tempoh 2004 hingga September 2010 dan dibantu oleh 54 orang kakitangan. Pada September 2010, pengarah negeri telah dipangku oleh Tuan Haji Mokhar bin Samadi (Penolong Pengarah 1) bagi menggantikan pemergian Almarhumah Hajjah Khatijah binti A.O Mohd Shafie.

Pada 3 Oktober 2011, jabatan telah menerima pengarah baharu iaitu YBhg Dato' Haji Mohd Annuar Maidin sebagai pengarah negeri kesepuluh sehingga 26 April 2015. Seterusnya Puan Hajjah Rohaya binti Abd Kadir telah dilantik sebagai pengarah negeri kesebelas bagi tempoh 21 Jun 2015 sehingga 5 Disember 2018.

Pada tahun 2017, penjenamaan semula nama jabatan kepada PLANMalaysia Negeri Terengganu selaras dengan penjenamaan semula Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia kepada PLANMalaysia di peringkat persekutuan.

Pada Mac 2019, TPr. GS Haji Mohd Ali bin Abu Bakar telah dilantik sebagai pengarah negeri kedua belas sehingga persaraan beliau pada April 2020. Seterusnya, jabatan telah menerima pengarah baharu iaitu TPr. Haji Mokhtar bin Samadi sebagai pengarah negeri ketiga belas sehingga sekarang..   

Jaringan PLANMalaysia ● PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor 
Pautan Agensi    MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam