Menu

Objektif Bahagian Perancangan Dasar dan Lembaga Rayuan

  • Membantu dalam menggubal dan menyelaras perlaksanaan dasar-dasar perancangan.
  • Membantu dalam memberi khidmat nasihat perancangan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. 
  • Memastikan kelicinan dan keberkesanan pemakaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1993 (Akta A866), Akta      Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) diseluruh Negeri Terengganu.
  • Membantu dalam urusan perjalanan mesyuarat-mesyuarat utama jabatan.
  • Meningkatkan tahap kecekapan, kepakaran, kemahiran dan kreativiti kepada semua lapisan pegawai melalui program latihan sekurang-kurangnya 4 hari dalam setahun.

TUGAS-TUGAS BAHAGIAN PERANCANGAN DASAR & LEMBAGA RAYUAN

Bidang Tugas Utama

  1.     Menjalankan tugas-tugas urusetia Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).
  2.     Melaksanakan tugas Pendaftar kepada Lembaga Rayuan.
  3.     Membantu dalam merancang dan mengurus sumber manusia dan latihan.
  4.     Memantau maklumbalas pelanggan luaran dan dalaman.

Objektif Bahagian Kawalan Perancangan

  •  Merancang serta menyelaras aktiviti pembangunan di peringkat negeri, pihakberkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dari segi pembangunan dan pemajuan semua tanah dalam negeri.
  •  Memastikan perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan bagi seluruh Negeri Terengganu adalah teratur, terkawal dan harmoni bagi mewujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti dan mampan selaras dengan keperluan Akta 172.
  •  Semua perkhidmatan yang berkaitan dengan aktiviti memproses permohonan perancangan akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh masa berikut sebagaimana yang tertera di dalam Piagam Pelanggan Jabatan.
  •  Piagam Pelanggan Jabatan :
  1.         Memberi ulasan perancangan bagi permohonan tukar syarat, perancangan tapak, permohonan tanah dan mendiri bangunan diberi dalam tempoh 14 hari.
  2.         Memastikan ulasan perancangan bagi permohonan memecah bahagi tanah diberi dalam tempoh 24 hari.
  3.         Masa menunggu untuk mendapat khidmat nasihat perancangan di kaunter dalam tempoh 5 minit.
  4.         Maklumat perancangan yang tidak terperingkat akan diperolehi dalam tempoh 5 hari.
  5.         Memastikan tunggakan ulasan perancangan tidak melebihi 4% daripada keseluruhan permohonan.

Objektif Bahagian Maklumat Guna Tanah Negeri

  •    Memastikan proses merekod permohonan perancangan dan pelan-pelan projek khas dibuat mengikuti manual serta garis panduan semasa untuk melengkapkan pangkalan data spatial jabatan.   
  •     Memastikan proses pembangunan pangkalan data spatial dibuat mengikuti prosedur yang ditetapkan untuk mengemaskini dan melengkapkan pangkalan data spatial negeri.
  •     Memastikan proses permohonan data dibuat mengikuti prosedur yang ditetapkan untuk memastikan pengeluaran data di kawal. 
  •     Piagam Pelanggan Jabatan :
  1.         Membekal Maklumat Perancangan (Kategori Tidak Berperingkat) Dalam Tempoh 5 Hari.
  2.         Memastikan tunggakan pemprosesan permohonan maklumat perancangan tidak terperingkat adalah tidak melebihi 5% daripada keseluruhan permohonan.

 

TUGAS-TUGAS BAHAGIAN MAKLUMAT GUNA TANAH NEGERI

Bidang Tugas Utama

  1.     Mengemaskini maklumat gunatanah negeri.
  2.     Menyedia dan membangunkan pangkalan data spatial.
  3.     Membangunkan data spatial bagi permohonan perancangan.
  4.     Memproses permohonan data spatial daripada agensi luaran atau bahagian dalaman jabatan.

TUGAS-TUGAS BAHAGIAN RANCANGAN PEMAJUAN

Bidang Tugas Utama

  1. Menyedia dan mengkaji semula Rancangan Struktur Negeri.
  2. Menyelaras penyediaan rancangan pembangunan berikut :-
  • Rancangan Tempatan Daerah
  • Rancangan Kawasan Khas
  • Rancangan Pembangunan Desa

     

3. Menyedia perkhidmatan projek khas :-

  • Pelan konsep pembangunan
  • Pelan susun atur pembangunan


Bidang Tugas Bahagian Rancangan Pembangunan

  1. Membantu menyedia dan mengkaji semula Rancangan Struktur Negeri (RSN) meliputi kerja-kerja berikut:-
  2. Membantu menyelaras kajian RSN dan program kerja berkaitan.
  3. Menyediakan ulasan-ulasan teknikal bagi laporan-laporan yang disediakan oleh pasukan kajian melibatkan Laporan Awal, Laporan Teknikal, Laporan Pemeriksaan, Laporan Draf Rancangan Struktur dan Laporan Penyertaan dan Bantahan Awam.
  •         Menganggotai Jawatankuasa penyediaan RSN.
  •         Membantu dalam kerja-kerja seranta diperingkat Laporan Pemeriksaan dan Draf Rancangan Struktur.
  •         Urusetia Mesyuarat berkaitan kajian temasuk Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa penyertaan dan Bantahan Awam.
  •         Membantu kerja-kerja kelulusan kajian di peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri dan Majlis Perancangan Fizikal Negara.
  •         Membantu kerja-kerja kajian semula RSN.

4. Membantu menyelaras penyediaan rancangan pembangunan meliputi Rancangan Tempatan Daerah (RTD), Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan semakan semula Rancangan Tempatan mengikut keperluan termasuk kerja-kerja berikut:-

  •         Membantu menyelaras kajian dan program kerja berkaitan.
  •         Menyediakan ulasan-ulasan teknikal bagi laporan-laporan yang disediakan oleh pasukan kajian melibatkan Laporan Awal, Laporan Teknikal, Laporan DRTD dan Laporan RKK.
  •         Menganggotai Jawatankuasa semasa penyediaan RTD dan RKK.
  •         Membantu dalam kerja-kerja seranta dan Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan dan Bantahan Awam.
  •         Membantu kerja-kerja kelulusan kajian di peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri.

5. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bandar atau jawatankuasa berkaitan yang ditubuhkan berkaitan dengan penyediaan rancangan pembangunan dan projek khas atau kajian perancangan bandar dan desa di peringkat negeri.

6. Menjalankan kerja-kerja lain berkaitan rancangan pembangunan dan projek khas yang diarahkan dri semasa ke semasa.

Laporan guna tanah ini adalah julung kalinya diterbitkan oleh Jabatan bagi menerangkan maklumat guna tanah untuk seluruh Negeri Terengganu. Penerbitan laporan ini adalah satu kesinambungan pelaporan guna tanah yang telah disediakan diperingkat negara oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).

 

PLANMalaysia Negeri Terengganu adalah agensi yang bertanggungjawab secara langsung dalam pembangunan guna tanah spatial Negeri Terengganu. Sementara diperingkat persekutuan disediakan oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara PLANMalaysia menerusi portal I-Plan Jabatan.

 

Laporan Guna Tanah Negeri Terengganu 2017 ini mengandungi data utama iaitu guna tanah semasa dan guna tanah komited yang dicerap secara berkala daripada kelulusan MMKN dan Unit Pusat Setempat (OSC) peringkat daerah.

Input-input teknikal yang terkandung dalam laporan ini adalah yang terkini diterima daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi teknikal lain. Penerbitan ini diharapkan dapat menjadi rujukan dan panduan pihak-pihak berkepentingan dalam memacu pertumbuhan guna tanah mampan di Negeri Terengganu.

 

Picture1

 

 

 

untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi di talian 09 - 630 1214

Jaringan PLANMalaysia ● PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor 
Pautan Agensi    MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam