03 Julai 2014, Khamis - Bertempat di Perkarangan Bilik Mesyuarat Pejabat Satelit, Jabatan telah mengadakan satu Program Ihya’ Ramadhan, Majlis Perhimpunan Pertengahan Tahun dan Mesyuarat Pengurusan Kakitangan Kali ke2/2014 serta Majlis Jasamu Dikenang. Majlis seawal 9.00 pagi, dimulakan dengan Ceramah Penghayatan Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Shukri, Penceramah Bebas.
Pengarah JPBDTRG, YBhg Tn. Haji Anuar Bin Maidin di dalam amanat pengurusannya, memperkatakan mengenai bulan Ramadhan adalah 'Bulan Tarbiyah' (bulan didikan) yang mana melaluinya, seseorang Muslim itu seharusnya terdidik imannya, jiwanya dan peribadinya. Beliau turut mengingatkan kepada semua kakitangan agar bekerja dengan niat yang ikhlas dan diterjemahkan dengan tidak mencuri masa bekerja dengan hal-hal yang tidak sepatutnya dilakukan atau melaksanakan tanggungjawab atau sesuatu kerja yang diamanahkan dengan sambil lewa.
Program disusuli dengan Cetusan Nurani oleh dua orang kakitangan iaitu Mohd Zubir Bin Minggu dan Engku Mohd Asrulnizam bin Engku Abdul Aziz, diikuti ucapan jasamu dikenang oleh Pn.Norehan Binti Muslim.
Setelah mesyuarat pengurusan kakitangan, program berakhir dengan penyampaian sumbangan Ramdhan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan kepada semua kakitangan di mana ianya telah disampaikan oleh Pengarah JPBDTRG . Majlis bersurau pada jam 1.30 ptg.
[widgetkit id=41]