3 JUN 2015 - Mesyuarat Khas JPN - Cadangan Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (A172) telah diadakan pada jam 3.00 petang di Wisma Darul Iman. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu ini dihadiri oleh semua barisan EXCO kerajaan negeri, pegawai kanan Kerajaan negeri dan jabatan kerajaan yang terlibat. Seorang pegawai jemputan dari Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, JPBD Semenanjung Malaysia dijemput bagi membentangkan kertas kerja berkenaan dengan cadangan pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (A172). Mesyuarat berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 4.30 petang.