Menu

05 November, Kuala Terengganu - Ukhwah yang kian terjalin antara wargakerja Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (JPBDTrg) semakin erat dengan berlangsungnya Pogram Gotong Royong Bubur Asyura pada hari Khamis, 05 November 2014 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JPBD Trg yang bertempat di perkarangan rumah En.Suhaidi bin Musa, staff JPBD Trg.

Selain dapat menikmati keenakan bubur asyura, program seperti ini dilihat sebagai salah satu platform untuk membolehkan setiap wargakerja memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan. Di samping itu, program ini juga tidak dilepaskan oleh wargakerja JPBD Trg untuk saling beramah mesra antara satu sama lain memandangkan mereka sebelum ini sibuk di pejabat dengan tugas masing-masing.

Namun begitu, apa yang menarik mengenai program ini ialah setiap wargakerja menunjukkan kesungguhan tanpa mengira aspek siapa yang menjadi juara. Ini kerana apa yang penting ialah mereka dapat mengambil kesempatan ini untuk memasak bubur asyura secara bergotong-royong.

Program ini mungkin kelihatan memenatkan lebih-lebih lagi bagi kakitangan lelaki yang majoritinya mengambil tugas untuk mengacau bubur asyura tersebut namun setiap wargakerja yang hadir dengan penuh semangat menyiapkan kerja-kerja memasak pada awal pagi sehingga bubur asyura berjaya di masak pada waktu yang telah ditetapkan. Kemudiannya, bubur asyura tersebut turut diagihkan kepada warga JPBD Trg bagi bersama-sama berkongsi menikmati keenakannya.

IMG 0022

IMG 0212

IMG 0060

IMG 0074

IMG 0076

IMG 0058

Jaringan PLANMalaysia ● PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor 
Pautan Agensi    MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam