22 Disember 2015, Selasa - Mesyuarat JPN kali ke 3 yang merupakan mesyuarat JPN kali terakhir bagi tahun 2015 telah diadakan di Wisma Darul Iman dan bermula pada jam 9.30 pagi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman dan dihadiri oleh semua barisan EXCO kerajaan negeri, pegawai kanan kerajaan negeri dan jabatan kerajaan yang terlibat. Mesyuarat berjalan lancar dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit dan juga agenda-agenda pembangunan semasa dan akan datang. Mesyuarat ini berakhir jam 12.00 tengah hari.