Menu

14

 

Seminar Sebaran Dasar Perancangan Negeri Terengganu 2017 telah diadakan pada 10 April 2017 bertempat di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Perasmian Seminar telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri. Sebanyak 4 kertas seminar telah dibentangkan oleh 3 orang jemputan khas dan pada sesi petang diadakan majlis dialog. Moderator sesi dialog ini ialah TPr.Hajah Rohaya binti Abd. Kadir Pengarah PLANMalaysia@Terengganu. Para panel ialah Dato' TPr.Mohd Zaki Ibrahim Mantan TKP PLANMalaysia, ,TPr.Hajah Khairiah Talha Wakil MIP, Encik Jusman Ibrahim Setiausaha Bahagian Kerajaaan Tempatan SUK dan Encik Wan Marahakim bin Wan Salleh Pegawai Undang-undang MBKT. Sejumlah 140 orang peserta telah menghadiri seminar ini iaitu 70 orang peserta swasta yang terdiri dari perunding professional dan pemaju perumahan serta 60 orang pegawai kerajaan dari pelbagai Agensi dan jabatan.Resolusi hasil seminar ini akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan seterusnya.

[widgetkit id=78]
Jaringan PLANMalaysia ● PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor 
Pautan Agensi    MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam