Menu

18 FEB 2014, SELASA  -  Bertempat di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu,JPBD.TR telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bagi meraikan YBhg. Datuk Mohd Fadzil Bin Hj. Mohd Khir , Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia yang akan bersara wajib pada 26hb Feb 2014. Majlis diserikan dengan kehadiran semua lapisan pegawai bahagian termasuk semua kakitangan JPBD.TR serta semua pegawai OSC daripada 7 Daerah Negeri Terengganu.

Selesai kunjungan rasmi ke Pejabat SUK Negeri Terengganu pada pada jam 9.30pagi, majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada YBrs. Pengarah Tn. Hj. Mohd Anuar Bin Maidin  dan seterusnya disusuli dengan amanat orang yang diraikan iaitu Pengarah JPBDSM. Majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati daripada Pengarah JPBD Negeri Terengganu, Pengerusi Kelab Kebajikan (KKS), dan wakil daripada Unit OSC sebelum majlis bergambar dan  makan tengahari bermula.

Majlis berakhir pada jam 1.00 Tengahari.

   
   
   
   
Jaringan PLANMalaysia ● PLANMalaysia Ibu Pejabat |  Johor |  Kedah |  Kelantan |  Melaka |  Negeri Sembilan |  Pahang |  Perak |  Perlis |  Pulau Pinang |  Selangor 
Pautan Agensi    MyGovernment Terengganu        HRMIS    Jabatan Perkhidmatan Awam