Uncategorised
GARIS PANDUAN PERANCANGAN (GPP) LADANG SOLAR NEGERI TERENGGAN
PROSEDUR KAWALAN PERANCANGAN (PEMAJUAN TANAH TINGGI DAN LERENG BUKIT) NEGERI TERENGGANU 2012
Prosuder Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah Tinggi dan Lereng Bukit) Negeri Terengganu 2012 telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri bil.2/2012 pada 4 Jun 2012. Selanjutnya pada 3 Jun 2020 Pihak Berkuasa Negeri sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang ke-16/2020 telah bersetuju untuk menerimapakai kaedah ini dengan tarikh kuatkuasa pada 2 Julai 2020.
Penerimapakaian Kaedah-kaedah ini adalah sebagai panduan dalam memudahcara dan mengawalselia pembangunan tanah tinggi dan lereng bukit di seluruh Negeri Terengganu. Ini adalah bagi memastikan kawasan bukit, tanah tinggi, lereng bukit dan kawasan sekitarnya dapat dikawal dan dipantau pembangunannya supaya aspek keselamatan nyawa dan harta benda serta kesensitifan alam sekitar dapat dipelihara.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (EVCB)
Telah dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu Bil. 1 Tahun 2024 (JPN Bil. 1/2024) pada 30 April 2024 dan telah mendapat persetujuan penerimapakaian MMKN kali ke 19 tahun 2024 pada 12 Jun 2024.
PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL BAGI PROJEK PEMBANGUNAN (PPSIA)
Telah dibentangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu Bil. 1 Tahun 2024 (JPN Bil. 1/2024) pada 30 April 2024 dan telah mendapat persetujuan penerimapakaian MMKN kali ke 19 tahun 2024 pada 12 Jun 2024.
Halaman 1 dari 3
- Mula
- Seterusnya
- 1
- 2
- 3
- Seterusnya
- Tamat